Monday, January 10, 2005

Bantuan Tsunami (Siti Nurbani)

From: Yayasan Salam Malaysia
To: info@salam.org.my
Sent: Wednesday, December 29, 2004 1:41 PM
Subject: bantuan untuk mangsa tsunami

SUKARELAWAN SALAM DIPERLUKAN
UNTUK MEMBANTU MANGSA TSUNAMI

Yayasan Salam Malaysia akan menghantar pasukan sukarelawannya untuk membantu mangsa-mangsa di beberapa kawasan perkampungan yang dilanda teruk oleh ombak Tsunami seperti berikut:

1. Pulau Pinang – Bagan Jermal, Tg. Tok Kong
2. Pulau Pinang – Tanjung Bungah
3. Kedah – Kota Kuala Muda

Kerja-kerja yang akan dilakukan adalah seperti berikut:
Salam akan memberi tumpuan kepada kerja-kerja komuniti membantu membersihkan rumah/kawasan mangsa-mangsa Tsunami terutama warga tua.

Syarat-syarat penyertaan:
Semua sukarelawan Salam yang ingin menyertai misi bantuan kemanusiaan ini mestilah berumur 18 tahun keatas dan sihat tubuh badan.
Sukarelawan yang mempunyai kenderaan sendiri akan diberi keutamaan dalam misi ini
Semua pemilik kenderaan diminta untuk membawa tiga orang sukarelawan Salam yang tidak mempunyai kenderaan (car pool).
Semua sukarelawan Salam yang berminat:
mestilah berkhidmat sekurang-kurangnya 3 hari 2 malam (minima) atau dua minggu (maksima).

Sila pilih tarikh-tarikh berikut:

1. 31 Dis 2004 – 2 Jan 2005
2. 2 – 4 Jan 2005
3. 4 – 6 Jan 2005
4. 6 – 8 Jan 2005
5. 8 – 10 Jan 2005
6. 10 – 12 Jan 2005
7. 12 – 14 Jan 2005
8. 14 – 16 Jan 2005

Pihak Salam akan menyediakan:
Elaun petrol & tol yang mencukupi (untuk pemilik kenderaan sahaja), tempat penginapan, makan-minum yang minima serta perlindungan insuran (P.A).

Pihak Salam mempunyai hak muktamat untuk menetapkan tempat-tempat untuk semua sukarelawan yang ingin menyertai misi bantuan kemanusiaan ini.

Sebarang pertanyaan berhubung dengan misi ini, boleh diajukan kepada:
Zainal (016-2552949) atau Zakiah (03-79584021)




Balik Ke Tsunami.

Muka Depan.


0 Comments:

Post a Comment

<< Home